Sabtu, 18 Januari 2014

Sambutan Maulidurrasul 1435H

Hari Kelahiran Baginda S.A.W merupakan hari peringatan kita kepada junjungan mulia yang telah banyak berkorban jiwa dan harta untuk kita selaku umatnya. Justeru, Sekolah Rendah Islam Al-Rahman telah mengadakan Majlis Sambutan Maulidurrasul 1435H peringkat sekolah bagi menanamkan cinta dan kasih para pelajar terhadap Nabi Muhammad S.A.W. Majlis telah berlangsung dari jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengahari. 

Majlis dimulai dengan perarakan memegang sepanduk sambol berselawat mengelilingi kawasan persekitaran sekolah. Selesai perarakan, para pelajar di'hidangkan' dengan santapan rohani di Dewan SRI Al-Rahman. Pelbagai imbaun kisah perjuangan Rasulullah diperdengarkan, juga kisah perjalan rasul mulia dalam menyampai dakwahNya.