Sabtu, 19 April 2014

Minggu Bahasa 2014

Minggu Bahasa SRI Al-Rahman telah diadakan  pada14-18 April 2014. Tujuan program ini diadakan ialah untuk mempraktikkan aplikasi ilmu yang dipelajari di sekolah dalam kehidupan seharian. Antaranya ialah Bahasa Arab, Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Selain itu, turut diadakan pertandingan-pertandingan yang berunsurkan bahasa yang juga bertujuan untuk menggilap bakat di kalangan para pelajar. Program yang berlangsung selama seminggu itu memperlihatkan hasil yang memberangsangkan apabila objektif utama program tercapai. Hadiah juga disediakan kepada para pemenang bagi meraikan usaha dan kejayaan mereka. InsyaAllah, program ini akan diteruskan lagi pada tahun hadapan, 2015!