Sabtu, 16 Ogos 2014

Sambutan Aidilfitri SRI AL-RAHMAN

Setelah sebulan berpuasa, dengan penuh kesyukuran kita menyambut Hari Raya. Sekolah Rendah Islam Al-Rahman juga mengambil tempat di dalam meraikan perayaan mulia umat Islam dengan mengadakan Majlis Sambutan Aidilfitri peringkat sekolah. Majlis diadakan di dewan besar SRI Al-Rahman yang bermula jam 8.00 pagi. 

Suasana kemeriahan jelas terzahir dengan warna-warni variasi pakaian yang digayakan oleh para pelajar di samping pelbagai juadah yang dibawa sebagai "pot luck". Majlis ini bertujuan untuk memberi gambaran sebenar perayaan Aidilfitri di sebalik pemergian Ramadhan. Tidaklah bermaksud tidak boleh bersuka ria, tetapi kenanglah kembali sejarah agung Junjungan Mulia di dalam menyambut ketibaan Syawal. Semoga kita menjadi insan yang bersyukur dan sentiasa di bawah rahmat Allah Taala.