Rabu, 10 September 2014

Selamat menjawab UPSR 2014!

Kami senua guru-guru Sekolah Rendah Islam Al-Rahman mengucapkan Selamat Menjawab Peperiksaan UPSR kepada semua calon yang terlibat. Harapan kami, persembahkan yang terbaik. Buktikan bahawa usaha kita semua selama ini bakal membuahkan hasil yang terbaik! Ingatlah jasa ibu dan ayah, hadiahkan mereka dengan sebuah tangisan kegembiraan. 

Akhirnya, doa kami sentiasa bersama sepanjang peperiksaan. Besar harapan kami untuk melihat anak-anak didik kami mencapai kejayaan yang diimpikan...