Rabu, 31 Disember 2014

Tarikh baru SESI PERSEKOLAHAN 2015


Ekoran banjir yang melanda di beberapa negeri di Pantai Timur, Pihak Kementerian Pendidikan(KPM) telah mengumumkan bahawa tarikh baru bagi sesi persekolahan 2015 akan bermula pada 12.01.2015. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah memohon agar para ibu bapa yang terlibat dengan banjir membuat persedian secukupnya sebelum sesi persekolahan 2015 bermula. Pihak sekolah mendoakan agar segala urusan dipermudahkan oleh Allah Taala. Semoga perjalan anak-anak kita untuk menuntut ilmu sentiasa dalam penjagaan Allah Taala.