Ahad, 25 Mei 2014

Hari Anugerah Cemerlang 2014

Pada tanggal 24 Mei 2014, Sekolah Rendah Islam Al-Rahman telah mengadakan Hari Anugerah Cemerlang sebagai menghargai kecemerlangan yang telah ditempa oleh para pelajar pada tahun 2013. Program tersebut diadakan di dataran sekolah yang turut mengundang Penolong Pengarah Pendaftaran Perhubungan KAFA dari Jabtan Agama Islam Selangor (JAIS), Alfadhil, Tuan Haji Abdul Basir Bin Muhammad Nor. 

Majlis berlangsung dari pukul 9.00 pagi hingga 2.00 petang. Semoga pencapaian yang telah garap akan terus menjadi pembakar semangat untuk menempa kejayaan yang lebih cemerlang di masa hadapan. Kejayaan anda kesyukuran kami...