Khamis, 22 Januari 2015

Tahniah kepada semua pelajar 8A UPKK!

Sekolah Rendah Islam Al-Rahman mengucapkan jutaan tahniah kepada semua pelajar yang telah berjaya mendapat 8A dalam Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) bagi tahun 2014. Sesungguhnya kejayaan yang telah ditempa adalah hasil usaha yang gigih dan berterusan disamping doa penuh harapan kepada Ilahi. Semoga delegasi kejayaan ini dapat diteruskan pada tahun-tahun mendatang, InsyaAllah. Tahniah sekali lagi diucapkan!