Sabtu, 7 Mac 2015

Perjumpaan Guru & Ibu Bapa Tahun 6 | 2015

Dewan SRI Al-Rahman, 31 Januari 2015.

Bermula jam 9.00 pagi, Satu perjumpaan telah diadakan di antara guru-guru tahun 6 dan ibu bapa pelajar tahun 6. Perjumpaan tersebut bertujuan untuk membincangkan hala tuju perjalanan para pelajar 6 pada tahun 2015 yang berobjektifkan kecemerlangan dalam peperiksaan UPSR dan PSRA.

Seramai 21 daripada 35 ibu bapa yang telah hadir pada program tersebut. Program bermula dengan ucapan aluan daripada Tuan Pengetua Sekolah Rendah Islam Al-Rahman, Tuan Haji Shafiee Bin Haji Juri. Program diteruskan dengan pembentangan keputusan UPSR dan PSRA 2014 oleh Cikgu Zuraidah dan juga Ustaz Abdul Hadi. Juga taklimat berkenaan dengan pendaftaran UPSR dan UPKK bagi tahun 2015. 




Antara perkara lain yang turut disentuh ialah berkaitan tusisyen atau kelas tambahan pada setiap hujung minggu. Sesi soal jawab berlangsung sejurus sebelum program berakhir. Pelbagai respon dan pendapat daripada ibu bapa diajukan dan direkodkan. Majlis berkahir dengan hidangan ringan sarapan pagi.



Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih di atas kerjasa daripad ibu bapa yang telah diberikan. Komitmen yang anda semua berikan tidak akan kami persiakan. Kami barisan guru-guru mahukan kejayaan di dalam pelajaran anak-anak didik kami. Kami juga mengertai harapan ibu dan bapa yang juga ingin mlihat anak-anak Berjaya dalam peperiksaan yang mendatang. Sama-sama kita doakan yang terbaik untuk Allah taqdirkan.

Kejayaan anak-anak anda adalah kebanggaan dan kesyukuran kami.