Selasa, 28 April 2015

Bengkel UPSR 2015

Alhamdulillah, dengan izin dan rahmat Allah Taala, SRI AL-RAHMAN telah menganjurkan BENGKEL UPSR 2015 sebagai persedian pelajar tahun 6 bagi menghadapi peperiksaan UPSR pada tahun ini. Bengkel teknik menjawab soalan UPSR tersebut merangkumi semua mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.


Bengkel yang berlangsung selama 2 jam bagi setiap sesi itu disampaikan oleh penceramah jemputan yang mempunyai pengalaman luas di dalam selok-belok UPSR. Antara lain tujuan bengkel ini dijalankan ialah untuk memberi pendedahan awal mengenai soalan-soalan UPSR dan teknik menjawabnya.

Semoga usaha yang dijalankan ini akan dapat mempersiap-sediakan anak-anak Al-Rahman untuk mencapai keputusan yang terbaik pada tahun ini. Amin ya rabbal a'lamin.