Rabu, 13 Mei 2015

Kem Motivasi UPSR & PSRA

Alhamdulillah, segala pujian kepada Allah dirafa'kan kerana telah memberi keizinan untuk Kem Motivasi UPSR & PSRA berjalan dengan sempurna. Kem yang berlangsung selama 3 hari 2 malam itu bertujuan untuk memberi kesedaran kepada para pelajar untuk lebih berusaha demi mencapai keputusan yang cemerlang di dalam UPSR & PSRA.

Selain itu juga, para pelajar didedahkan dengan Latihan di dalam kumpulan (LDK) dengan pelbagai variasi aktiviti yang mendorong daya minat mereka untuk terus belajar. Disamping itu, sudut ibadat tidak diabaikan. Amali solat dengan cara yang sempurna juga dipraktikkan.

Antara aktiviti lain yang turut dijalankan ialah Jungle Tracking, Treasure Hunt, Sukan Islamic seperti memanah dan berenang, Bimbingan rakan sebaya dan juga aktiviti mencungkil bakat kendiri. Seramai 8 orang fasilitator terlibat di dalam program pada kali ini.

Porgram berakhir pada pukul 3 petang hari Ahad. Semua pelajar menaiki bas pulang ke sekolah untuk dijemput oleh ibu bapa masing-masing. Pihak sekolah mengharapkan agar para pelajar mendapat manfaat yang sebaiknya daripada porgram yang telag dianjurkan. Insya Allah.