Jumaat, 31 Julai 2015

Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2015

Aidilfitri menjelma lagi. Lambaian perpisahan Ramadhan kian terasa. Meskipun permergiannya tidak direlakan, tetapi itu hakikat Ramadhan. Setahun seklai datang bertandang. Semoga segala amalan kita diterima oleh Allah Taala, amin ya rabbal 'alamin.

Meraikan Aidilfitri yang muncul tiba, pada 31 Julai 2015, SRI Al-Rahman telah mengadakan sambutan di peringkat sekolah. Bertempat di dewan SRI Al-Rahman, program bermula seawal jam 8.40 dengan para pelajar berkumpul di dewan. Sebelum itu, rutin wajib, bacaan Al-Quran dan kelas iqra berjalan seperti biasa bermula jam 7.40 pagi hingga 8.40 pagi.

Pelbagai acara diadakan bagi meraikan dan menghidupkan suasana hari raya pada tahun ini. Antaranya termasuklah ucapan aidilfitri daripada para pelajar, persembahan nyanyian lagi hari raya, pakaian raya tercantik, jamuan dan lain-lain lagi.

Majlis berakhir pada pukul 12.00 tengahari setelah tazkirah ringkas versi Syawal daripada Ustaz Zakuan disampaikan. Semoga mendapat manfaaf daripada program yang telah diadakan.

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua daripada warga SRI Al-Rahman! Maaf zahir dan batin.