Jumaat, 11 September 2015

UPSR 2015!

Alhamdulillah, selesai sudah badai imtihan untuk fasa yang pertama. UPSR berlalu sudah, PSRA melambai datang. Semoga segalanya dipermudahkan oleh Allah Taala sehingga keluar keputusan yang didoakan, amin ya rabbal 'alamin...

Yang berlalu itu adalah kenangan, yang bakal menjelma adalah harapan. Justeru, dalam fatrah di ambang imtihan yang masih berbaki ini, teruskanlah usaha untuk meletakkan target terbaik di dalam PSRA nanti. Yakinlah dengan sabda Nabi "siapa yang berusaha, dia akan berjaya!".

Salam imtihan dari semua warga SRI Al-Rahman kepada seluruh para pelajar tahun 6. Kejayaan anda kesyukuran kami, kejayaan anda kebanggaan ayah dan ibu. Hadiahkan ayah dan ibu sebuah lagi kejayaan di dalam PSRA 2015!