Selasa, 8 Disember 2015

Tahniah kepada calon UPSR 2015!


A
lhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi yang telah memberikan kejayaan kepada anak-anak didik Al-Rahman di dalam UPSR 2015. Kejayaan ini adalah hadiah yang paling indah untuk semua ibu bapa yang telah gigih berusaha selama hampir 11 bulan untuk memastikan kejayaan ini tercapai. Di pihak kami guru-guru, kegembiraan ini kami kongsi bersama kerana mereka ibarat anak-anak kami sendiri. Insya Allah, kenangan terindah kami untuk tahun 2015.


Sekali lagi, jutaan tahniah diucapkan kepada semua para pelajar Tahun 6 di atas pencapaian ini, Alhamdulillah. Semoga menjadi azimat penguat semangat untuk adik-adik di tahun hadapan. Amin ya rabbal a'lamin.