Sabtu, 5 Mac 2016

Qiamullail Tahun 6 [SIRI 1]

Alhamdulillah, segala puji dan syukur kepada Allah di atas kurniaan masa dan ruang untuk pihak sekolah menjayakan program qiamullail tahun enam siri yang pertama bagi tahun 2016. Program ini telah berlangsung dari hari Jumaat sehinggalah pagi Sabtu bersamaam 4 & 5 Mac 2016.



Bermula dari pukul 4 petang, Slot perkongsian santai bersama bekas pelajar SRI Al-Rahman yang mendapat keputusan cemerlang di dalam PSRA menjadi pembuka tirai pada kali ini. Dua orang pelajar tersebuat ialah Khusnul Khatimah Binti Azahar dan juga Hazirah Binti Mubin.



Slot ini bertujuan untuk memberi semangat dan juga motivasi kepada semua para pelajar untuk menghadapi peperiksaan besar pada tahun ini. Penting untuk mereka mengambil ibrah daripada pengalaman orang yang telah berjaya untuk mencapai kejayaan yang sama atau lebih hebat!


Pada sebelah petang, Bengkel Khas Matematik telah diadakan selama hampir 3 jam. Bengkel ini juga adalah justifikasi kepada perubahan format kertas soalan UPSR pada tahun ini. Pihak sekolah telah menjemput seorang tenaga pengajar yang berpengalaman bagi menyempurnakan misi ini.

Qiamullail bermula pada pukul 4.30 pagi dan berakhir pada pukul 7.30 pagi. Slot terakhir ialah Kuliah Subuh yang disampaikan sendiri oleh tenaga pengajar SRI Al-Rahman. Pelajar seterusnya disajikan sarapan pagi sebelum melangkah ke kelas tuisyen.

Insya Allah, 3 siri lagi akan menyusul bagi melengkapkan program qiamullail pada tahun ini. Semoga program ini akan mendidik rohani anak-anak didik Al-Rahman untuk mengahadapi ujian di dunia dan di akhirat. Amin ya rabbal a'lamin...