Sabtu, 9 April 2016

Kemahiran Amal Islami 2016 (KAMIL)

9
April 2014, Sekolah Rendah Agama Taman Tun Teja, Cheras. Musabaqah @ Pertandingan Kemahiran Amal Islami telah diadakan yang melibatkan semua sekolah-sekolah rendah agama negeri Selangor bagi daerah Hulu Langat. Musabaqah tersebut bermula pada pukul 8:00 pagi dan berakhir pada pukul 2:00 petang.



KAMIL merupakan acara tahunan yang dikendalikan oleh Jabatan Agama Islam Selangor melalui Pusat Kegiatan Guru (PKG) mengikut daerah masing-masing. Bagi perseta yang mendapat pangkat johan dan naib johan, mereka layak untuk bertanding ke peringkat daerah.


Untuk rekod, tahun ini merupakan tahun pertama SRI AL-RAHMAN menyertai KAMIL. Alhamdulillah, untuk permulaan, sekolah telah menghantar peserta untuk menyertai 7 acara yang dipertandingkan. Natijahnya, bagi acara syarahan tahap 2 (lelaki), Muhammad Adam Hakimi dari tahun 5A telah dinobatkan sebagai johan. Bagi acara syarahan tahap 2 (perempuan), Shuzilla Siregar yang juga dari kelas 5AB telah dinobatkan sebagai naib johan. Setinggi kesyukuran kepada Allah kerana telah memberikan suatu permulaan yang baik. 


InsyaAllah, untuk tahun hadapan dan seterusnya, pihak sekolah akan berusaha untuk menghantar lebih ramai peserta yang secara tidak langsung dapat mengcungkil bakat para pelajar SRI AL-RAHMAN.



Harapan kami guru-guru untuk semua anak didik SRI AL-RAHMAN, semoga dengan penyertaan sekolah di dalam KAMIL akan dapat memberikan ruang dan peluang untuk mengasah bakat dan kemahiran di dalam pelbagai bidang kemahiran Islam, InsyaAllah.