Sabtu, 27 Februari 2016

Majlis Perjumpaan Ibu Bapa Pelajar Tahun 6 sesi 2016

27 Februari 2016, bertempat di dewan SRI AL-RAHMAN, pihak sekolah telah mengadakan pertemuan bertentang mata dengan para ibu bapa bagi membincangkan isu-isu berkaitan UPSR & PSRA. Juga pembentangan analisis peperiksaan UPSR & PSRA sebagai rujukan dan tindakan ibu bapa dan juga para pelajar.



Seramai hampir kesemua ibu bapa hadir meluangkan masa pada majlis kali ini. Termasuk juga para pelajar yang datang bersama ibu bapa masing-masing.

Majlis bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 11.00 pagi. Turut hadir bersama adalah Pengetua SRI AL-RAHMAN, Puan Hajjah Noraini Binti Osman yang menyampaikan ucapan pembukaan seterusnya merasmikan majlis pada hari ini.






Pelbagai isu dikemukan dan dibincangkan bersama dan mencari titik pertemuan. Alhamdulillah, perbincangan menemui solusi. Insya Allah, segala tindakan akan dilaksanakan menurut perancangan yang telah dibincangkan bersama.