Selasa, 10 Mei 2016

Kem Motivasi Mutiara Gemilang 2016

Bertempat di Kem Idaman Nurani, Hulu Langat, Selangor, Sekolah Rendah Islam Al-Rahman telah mengadakan sebuah kem motivasi dengan bimbingan Al-Badru Training & Consultant selama 3 hari 2 malam yang melibat pelajar tahun 4, 5 dan 6.



Kem ini diadakan bertujuan untuk memberi suntikan semangat kepada para pelajar yang akan menduduki peperiksaan besar pada tahun ini selain memberikan mereka pengalaman baru di sekolah rendah. Selain itu juga, kem ini dijalankan dengan motif agar para pelajar menyedari kepentingan untuk 'belajar dan berjaya' di dalam pelajaran. 

UPSR, PSRA dan UPKK adalah antara peperikssan besar yang perlu diberikan lebih fokus selaian dari peperiksaan pertengahan tahun, akhir tahun dan ujian setara. Oleh yang demikian, semangat dan kesungguhan para pelajar perlu di'cas' agar terus bertenaga untuk mengharungi badai imtiham yang datang silih berganti. 



Selama 3 hari tersebut, para pelajar didedahkan dengan pelbagai latihan yang berorientasikan motivasi dan semangat berpasukan. Mereka telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan sepanjang kem tersebut berlangsung. Ini juga ternasuk aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK).

Pihak skeolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ibu bapa yang telah memberi peluang kepada anak masing-masing untuk menyertai kem pada kali ini. Semoga usaha yang kerdil ini akan memberikan sedikit sebanyak kesan positif kepada pembelajaran seterusnya kecemerlangan anak-anak kita pada masa hadapan.

Tidak dilupakan juga, ucapan jutaan terima kasih kepada Tuan Pengerusi Sekolah-sekolah Al-Rahman, Tuan Haji Shafie Bin Haji Juri dan juga Pengetua SRI Al-Rahman, Puan Hajjah Noraini Binti Osman yang sudi datang merasmikan majlis penutup Kem Motivasi Mutiara Gemilang 2016. 

Semoga usaha ini akan dapat diteruskan lagi pada masa yang akan datang, Insya Allah.