Selasa, 3 Mei 2016

Penyertaan KAMIL peringkat daerah Hulu Langat

Segala puji bagi Allah yang telah memberikan ruang dan peluang untuk meneruskan langkah di dalam penyertaan Kemahiran Amal Islami (KAMIL) sehingga ke pingkat daerah Hulu Langat.

Sabtu, 23 April 2016, bertempat di Sekolah Rendah Agama Integrasi Bangi (SRAI Bangi) telah berlangsung musabaqah lanjutan daripada KAMIL peringkat sekolah yang berlangsung di Sekolah Rendah Agama Taman Tun Perak, Cheras sebelum ini.

Dua orang peserta dari SRI Al-Rahman, iaitu Muhammad Adam Hakimi Bin Mohd Alizal dan Shuzilla Siregar Binti Jainal Abidin daripada kelas 5 Al-Taufiq telah mewakili sekolah ke peringkat daerah. Mereka berdua telah mengharumkan nama sekolah dengan merangkul pangkat Johan dan Naib Johan bagi pertandingan Syarahan Bahasa Melayu sewaktu di peringkat sekolah.



Walaubagaimanapun, takdir mengatasi tadbir, Allah masih ingin memberikan peluang untuk terus mencuba pada tahun hadapan. InsyaAllah, pada tahun hadapan, pihak sekolah akan menghantar lebih ramai peserta untuk menyertai pelbagai acara lain yang dipertandingkan.



Di kesempatan ini, pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peserta yang bertungkus lumus sejak dari peringkat sekolah lagi. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan penyertaan KAMIL pada tahun ini. Setinggi-tinggi penghargaan kepada Guru Besar SRI Al-Rahman kerana memberikan sokongan yang padu untuk dan memberi semangat untuk menyertai KAMIL pada tahun ini.

InsyaAllah, usaha ini akan diteruskan dan dipertingkatkan lagi pada tahun-tahun yang mendatang untuk terus memartabat kamahiran amal Islami dan juga menonjolkan bakat generasi pewaris Nabi Muhammad S.A.W!