Sabtu, 7 Mei 2016

Qiamullail Tahun 6 [SIRI 2]

Syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya, Program Qiamullail Tahun 6 bagi siri yang kedua telah berjaya dilaksanakan, Alhamdulillah. Program telah berlangsung bermula hari Jumaat 6 Mei sehingga 7 Mei 2016.

Pada sesi kali ini, pihak sekolah telah menjemput bekas pelajar SRI Al-Rahman yang mendapat keputusan 5A di dalam UPSR untuk berkongsi pengalaman kejayaan beliau. Pelajar yang dimaksudkan ialah Mohd Hisyam Hanafi. 



Pelbagai tips motivasi dan kejayaan telah dikongsikan sepanjang hampir satu jam. Antara tips yang menarik dikongsikan di sini ialah cara memaksa diri untuk suka kepada sesuatu pelajaran. Cara yang dimaksudkan ialah dengan membaca buku pelajaran tersebut berulang-ulang kali secara santai. 



Mengapa dibaca berulang kali secara santai? Ini kerana otak kita akan set sesuatu yang dilakukan berulang kali secara santai sebagai sesuatu yang penting dan secar automatik otak akan merakam atau merekod perbuatan itu sebagai satu tabiat. Apabila sesutau perkara itu menjadi tabiat kita, maka perkara itu tidak lagi menjadi suatu kesusahan kepada kita dan dalam masa yang sama kita akan suka kepada perkara tersebut.

Aktiviti selepas Solat Isyak ialah slot bacaan Yasin secara berjemaah yang dipimpin sendiri oleh guru SRI Al-Rahman bagi memohon pertolongan dan rahmat Allah sebagai persediaan sepanjang perjalanan untuk menempuh imtihan.

Qiamullail telah bermula pada pukul 5 pagi dan diakhiri dengan kuliah subuh ringkas. Para pelajar kemudiannya bersarapan pagi dan meneruskan tuisyen seperti biasa.

Semoga program Qiamullail pada kali ini memberi sedikit sebanyak kesan ke dalam diri para pelajar untuk lebih bersemangat berusaha dan mencapai kejayaan, amin ya rabbal a'lamin