Jumaat, 24 Jun 2016

Hari Akademik 2016


Jumaat, 24 Jun. SRI AL-RAHMAN telah mengadakan Hari Akademik bagi membentagkan prestasi para pelajar kepada para ibu bapa masing-masing. Program ini bermula seawal jam 8:00 pagi lagi. Bagi pelajar tahun 1, perjumpaan antara ibu bapa dan gur gelas diadakan di kelas masing-masing. Manakala bagi pelajar tahun 2,3,4,5 dan 6, perjumpaan tersebut diadakan di Dewan SRI AL-RAHMAN. 


Untuk rekod, Hari Akademik merupakan program rutin tahunan yang diadakan saban tahun. Tujuannya adalah untuk merapatkan ukhwah ibu bapa dan guru sekaligus memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran anak-anak di sekolah. Waktu ini juga merupakan ruang untuk kami guru-guru berkenal-kenalan dengan ibu dan pada kepada pelajar yang kami didik di sekolah. 


Program berakhir pada pukul 12:00 tengahari dengan majoriti para ibu bapa yang hadir. Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang hadir menzahirkan komitman pada hari tersebut dan kami yakin, anda adalah ibu bapa yang hebat! InsyaAllah.