Isnin, 27 Jun 2016

Qiamullail Tahun 6 [Siri 3]

Alhamdulillah, sekali lagi dipanjatkan kesyukuran kepada Allah di atas ruang dan peluang untuk meneruskan Qimaullail Tahun 6 bagi siri yang ketiga. 24 & 25 Jun 2016, program telah berlangsung seawal jam 5:00 petang di Dewan SRI AL-RAHMAN. 


Pada kali ini, pihak sekolah telah menjemput 2 orang bekas pelajar SRI AL-RAHMAN yang telah meraih kejayaan di dalam UPSR dan PSRA sebelum ini bagi berkongsi pengalaman kejayaan mereka bersama-sama dengan adik-adik tahun 6 yang bakal menduduki UPSR dan PSRA pada tahun ini. Mereka yang dimaksudkan tersebut ialah Fadhly Amru bin Ahmad Juruz dan Muhammad Shahmi Bin Mohd Sabri. 


Fadhly Amru meneruskan pelajarannya di Sekolah Menengah Agama Tinggi Al-Rahman, manakala Muhammad Shahmi pula di Sekolah Agama Menengah Batu 10 (SAMTEN). Sepanjang program berlangsung, mereka berdua telah berkongsi pelbagai tips kejayaan bersama adik-adik tahun 6. Ucapan ribuan terima kasih daripada pihak sekolah atas perkongsian yang telah diberikan.


Untuk pengetahuan juga, program qiamullail pada kali ini adalah kolobrasi bersama Sekolah Menengah Agama Tinggi Al-Rahman (SMAT AL-RAHMAN) sempena bulan Ramadan Al-Mubarak. Oleh yang demikian, program di dewan yang bermula dengan sesi berbuka puasa adalah secara bersama-sama. 

Sesi tazkirah juga diadakan bagi memenuhi ruang antara solat tarawikh. Penceramah jemputan pada kali ini ialah Ustaz Mohd Shahrunnizan Bin Suratman yang memebicarakan soal persediaan bagi memburu malam lailatul qadar.

Qimaullail pula telah bermula seawal jam 5:00 pagi secara berjemaah diikuti sesi bersahur dan solat subuh berjamaah. Tazkirah subuh pula telah disampaikan oleh Ustaz Zakuan Bin Abdullah. Qimaullail pada kali ini berakhir pada pukul 7.30 pagi. Harapan kami semoga usaha yang kecil ini diberikan rahmat oleh Allah Taala dan diberikan lagi peluang untuk diteruskan pada masa mendatang, insyaAllah..Semoga kejayaan yang diharapkan menjadi kejayaan di dunia dan juga di akhirat..amin ya rabbal a'lamin...