Rabu, 27 Julai 2016

Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2016

Tanggal 22 Julai 2016, SRI Al-Rahman telah mengadakan Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah. Bertempat di Dewan SRI Al-Rahman, program ini telah bermula seawal jam 7.40 pagi dan berakhir pada jam 12:00 tengahari.


Seperti tahun-tahun sebelumnya, program ini diadakan bagi mengeratkan lagi ukhwah di antara guru-guru dan para pelajar dalam suasana hari raya.

Slot pertama program ini dimulai dengan ucapan alu-aluan daripada Tuan Pengerusi Al-Rahman, Ustaz Haji Shafie Bin Haji Juri sebagai pembuka tirai. Pelbagai nasihat disampaikan oleh Ustaz Haji Shafie kepada semua pelajar.

Antaranya ialah ingatan untuk menyambut hari raya secara bersederhana dan mengimbangainya dengan ujian dan peperiksaan yang bakal menjelma, terutamanya bagi pelajar tahun 5 dan tahun 6.

Program kemudiannya diteruskan lagi dengan takbir raya beramai-ramai yang diketuai sendiri oleh Ustaz Haji Shafie. Takbir yang bergema telah memeriahkan lagi suasana program. 

Majlis kemudiannya diteruskan dengan persembahan berkonsepkan hari raya oleh para pelajar SRI Al-Rahman. Antaranya termasuklah nyanyian lagu raya dan persembahan seloka raya. Ada juga yang membuat persembahan lakonan bertemakan raya.

Slot terakhir yang juga slot kemuncak ialah menjamu selera beramai-ramai. Pelbagai juadah raya dapat dikongsi bersama hasil daripada 'pot luck' yang dibawa sendiri oleh para pelajar.

Bacaan doa yang diaminkan beramai-ramai sebelum makan menambahkan lagi keserian dan kemeriahan sambutan Aidilfitri pada tahun ini.

Semoga ukhwah yang telah terbina antara guru dan pelajar SRI Al-Rahman akan terus terjalin hingga ke akhirnya, amin ya rabbal a'lamin.

Memetik kata-kata Pengeusi Al-Rahman, 'bukan sahaja jasmani yang perlu diperkukuhkan, bahkan juga rohani perlu diteguhkan". Ukhwah itu juga makanan rohani.

Semoga berjumpa lagi pada tahun hadapan, insyaAllah.