Khamis, 25 Ogos 2016

Hari Suntikan MMR & DTaP/DT


25 Ogos 2016, bertempat di Dewan SRI Al-Rahman, program suntikan pelajar tahap 1 bagi imunisasi MMR & DTaP/DT telah diadakan. Program bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 12.00 tengahari. 

Program ini bertujuan untuk melengkapkan imunisasi para pelajar dan memberi perlindungan seoptimum mungkin kepada tubuh badan mereka.

Untuk rekod juga, program ini telahpun dilaksanakan saban tahun di SRI Al-Rahman. 

Sebagai sebuah sekolah yang berlandaskan Kementerian Pendidikan Malaysia, suntikan ini diberikan secara percuma kepada semua pelajar SRI Al-Rahman. 

Bagi pihak sekolah, kami tidak pernah berkompromi di dalam hal ehwal kesihatan para pelajar yang melibat suntikan imunisasi. Seboleh mungkin, pihak sekolah sedaya upaya memberikan yang terbaik kepada semua. Sebarang usahasama yang melibatkan Kementerian Kesihatan Malaysia amatlah kami hargai.

Pada kesempatan ini juga, pihak skeolah mengambil peluang untuk merakamkan jutaan terima kasih kepada semua jururawat yang hadir bagi menjayakan program suntikan MMR & DTaP/Dt pada tahun ini. Jazakumullahu khairan kathira.