Ahad, 14 Ogos 2016

Qiamullail Tahun 6 [Siri Akhir]

13 Ogos 2016, bertempat di Dewan SRI Al-Rahman, porgram qiamullail bagi pelajar tahun 6 siri akhir telah dijalankan. Seperti siri-siri sebelumnya, program bermula seawal pukul 5 petang. Pada kali ini, sebuah program khas telah dilaksanakan untuk memberi peluang kepada para pelajar meneroka alam rohani mereka. Program yang diberi nama 'Kembara Diri" itu telah di adakan di Dewan SRI dan dikelolakan oleh guru-guru SRI Al-Rahman sendiri.

Selian itu juga, program ini bertujuan untuk memberikan mereka satu medium untuk lebih mengenali sahabat-sahabat dalam bersama-sama meneruskan perjuangan bagi menghadapi UPSR dan PSRA. Porgam yang mengambil masa hampir 1 jam ini berakhir dengan jayanya, Alhamdulillah.

Pada sebelah malamnya pula, sesi tazkirah maghrib telah disampaikan oleh Ustaz Zakuan yang juga merupakan tenaga pengajar si SRI Al-Rahman. 
Semoga program Qiamullail pada tahun ini memberi impak yang semaksimum mungkin kepada semua para pelajar tahun 6. Bagi pihak kami guru-guru SRI Al-Rahman, tiada lain yang kami harapkan melainkan kejayaan secemerlang mungkin bagi semua anak-anak didik kami.

Semoga program ini akan memberikan impak yang lebih optimum pada tahun-tahun yang akan datang.

Sebagai manudia biasa, usaha yang kita lakukan bukanlah penentu kepada kejayaan kita. Sebaliknya, izin dan redha Allah S.W.T yang menjadi penentu kepada segalanya. Usaha hanyalah asbab. Tawakkal kepada Allah itu usah ditinggalkan.

Sekiranya Allah ingin mengizinkan, maka tiada sesiapa yang boleh menghalang. Dan sekiranya Allah tidak mengizinkan, maka tiada sesiapa yang boleh mengubahnya. Sesungguhnya, janji Allah itu pasti.

InsyaAllah, berjumpa lagi pada tahun hadapan di dalam program yang sama. Amin ya rabbal a'lamin.